tadi pagi selepas bangun daripada tidur, terus ambil bakul baju basah then sidai. sambil sambil tu texting dengan paein. kemudian ambil beg sekolah. ingatkan nak buat homework kemudian baru teringat yang homework ada yang kena pakai komputer. taip taip. terus malas nak buat dan melencong ke aktiviti lain iaitu tengok fail fail peribadi. selongkar selongkar jumpa la kertas kertas yang tulis nama dia dan poem untuk dia. ceh, aku kan berjiwang seni. hahaha. kruk kruk kruk!! terus kena renyuk dengan aku. ahhh!! i want to erase all my memories with u. ceh, bajet boleh je. tak boleh la selagi aku masih terikat dalam relationship ni dengan dia. dah malas la nak fikir pasal dia lagi. buat semak kepala lutut je. da la tak call atau mesej aku. ok. story pasal dia end kat sini je, ea?
erm, hari ni ada la beberapa orang budak kacau aku. malas la nak layan. penat sangat la hari ni. hahaha. kenapa tah, mula tak suka orang kacau aku pakai mesej then kasi ayat berbunga bunga. tak suka la woi!! benci tau tak?
eh eh, nak cerita sikit kat sini. ada satu pagi tu, masa tu kat maktab, tengah kelas akademik, kelas 2 Acacia berada di dalam kelas, tengah bising bising tu, Miss Aisyah pun lalu dan cakap "bring your pencil case and test pad and go to PSP level one, i will wait for you there." then Miss Aisyah pergi. kitorang pun apa lagi .Hooray satu kelas time tu. kemudian terus semua cepat cepat pergi PSP. kitorang memang suka pergi PSP lebih lebih lagi masa kelas Miss Aisyah. suka tempat sejuk. memang semua muka Polar Bear Kutub Selatan. =D. jadi aku dengan Paein, -tut- dan -tut- pun pergi la PSP ber4. masuk je PSP, tak der orang time tu, peh, memang syok habis la. terus cop meja depan sekali depan air cond. bagus. da la pagi, PSP, air cond pulak tu. aku dengan Paein pun duduk berdepan. secara tak sengaja, ternampak la aku dua nama nie. atas bawah. memang sengaja digandingkan dua nama tu. terkejut kucing aku kat situ. aku pun "Paein, tengok nie" then paein pun tengok la 2 nama tu. terus buat muka terkejut dan mata terbeliak. "Ayo Ain" . takut aku. "Paein, pemadam! cepat, aku nak pemadam." kemudian, Paein keluarkan pemadam dan aku pun padamlah 2 nama tu. entah mangkuk mana la yang tulis nama tu? baik sungguh hati dia. memahami sangat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan