Dia Kembali

hari ini aku mendapat sepotong mesej daripada sebuah nombor yang baru. yang tidak mempunyai nama. yang tidak ku simpan nombor itu. aku berasa aneh. nombor itu seakan pernah ku lihat sebelum ini tetapi aku terlupa di mana. lalu, aku mengambil keputusan untuk mendail nombor itu melalui telefon rumah. agak lama untuk tuan nombor itu mengangkat panggilan ku. sudah lah latar nya bunyi bising. bunyi nya seperti berada di tepi pantai. aku sabarkan hati. lama kelamaan, tuan nombor itu mengangkat panggilanku. Ya Allah, suara itu. aku kenal suara itu. aku memulakan perbualan. aku bertanya siapakah dia dan apakah namanya. dia kata namanya Wan. aku teringat seseorang. lalu, giliran aku pula ditanyakan soalan yang sama. aku mengatakan namaku Ain. " oh! Ain! " jawabnya. aku pelik bercampur keliru. bagaimana dia mengenali aku sedangkan aku belum mengenali dirinya lagi. dia bertanya lagi. " kenal tak suara ni? ". aku mula mengesyaki sesuatu. lalu, aku pun menjawab. " macam pernah dengar tapi lupalah". kataku. "lupa ke buat buat lupa? em? " balasnya. apabila terdengar dia membuat bunyi ' em ' itu, aku yakin aku kenal padanya. air mata ku mengalir membasahi pipi. aku menjauhkan gagang telefon kerana tidak mahu dia mendengar tangisan ku. jantung ku berdetak laju. seluruh badanku menggigil. tanganku sejuk rasanya seperti berada di dalam bilik yang dipasang air-cond. lututku lemah. aku terduduk di situ. di hadapan telefon rumahku. lalu, aku meletakkan gagang. tidak sanggup lagi mendengar suaranya. tidak sanggup lagi hati dilukai. cukuplah sekali. air mata ku semakin laju mengalir ke pipi. Ya Allah, kuatkan lah semangat ku Ya Allah. aku tidak mahu tewas lagi. aku berisgthifar beberapa kali. tetapi, di kala ini, hati ku juga gembira. Allah telah mengabulkan permintaan ku suatu ketika dahulu yang telah lama aku lupakan. ku kenang kembali dirinya. dia lelaki yang suatu ketika dulu tidak aku endahkan apabila mendengar rayuannya. dia lelaki yang telah mengambil berat terhadap aku. dan lama kelamaan aku terusik dengan sikap keprihatinannya. dia lelaki yang telah mencuri hati ku. dia lelaki yang telah merosakkan hubungan ku dengan salah seorang rakan ku. dia lelaki yang telah membuatkan aku sengsara. ah! lelaki itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan