SDKA!!

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar semua? selamat bertemu kembali. saya di sini ingin meminta maaf kerana sudah hampir 1 minggu saya x update coz:
1.baru balik dari kampung minggu lepas
2.internet x de. lari ke mana tah
3.my dad x kasi bukak sebab nak pekse. kononnya nanti x dapat fokus

sekarang, kitorang dah free daripada di belenggu oleh peperiksaan yang sangat susah and senang nie...

STORY WAKTU EXAM SDKA...

aku ambil exam kat Sekolah Agama Seri Utama. ye lah nak ambil kat mana lagi kan? candidates dia seramai 98 orang. budak Seri Maamor, Seri Utama, Seri Berkat semua menuju ke situ. sebab tu lah ramai. nak ke mana lagi? dah tu jer sekolah agama yang buat darjah khas. sekolah agama lain semua malas. =P

pekse mula masa hari selasa. pagi2 lagi da nak kena siap. adoyai. da lah aku malas nak pergi skola. buat sakit hati jek. exam dibuat kat dewan ngan kelas darjah 6 sebab ramai sangat. manalah muat dewan tu nak isi sampai 98 orang. aku pekse kat dewan ler sebab nama aku mula huruf 'A'. haha. terpaksa gabung ngan budak lelaki tapi best la sebab x yah le nak turun naik kelas kat aras 2. depan aku Rahman. sebelah kanan aku Ammar. sebelah kiri aku pulak Ainur Waheedah. aku duduk belakang sekali. sangat best sebab boleh berbincang dengan Ainur and Amira. pengawas peperiksaan jarang pergi belakang. diorang selalu duduk kat depan jer. chatting-chatting. hehe. teruk lar Fariz. dia duduk kat depan meja pengawas peperiksaan tu tapi tu pun dia boleh meniru budak sebelah dia. hish,. Fariz Fariz. pengawas peperiksaan tu ada 2 orang. yang sorang tu sporting jerk. kitorang tiru pun dia buat don't know jer. tapi kadang2 kadang dia sound jugak kitorang kalau da bising sangat. oleh sebab dia kadang2 duduk kat belakang, waktu men'yound' kitorang, semua budak pandang belakang. termasuk la yang duduk kat depan uh. dan DIA pun pandang belakang, kadang2 perasan macam dia pandang aku. kadang2 aku yang malu sendiri. =">. pengawas peperiksaan yang lagi sorang tu sangat teliti. kalau kita makan senyap2 pun dia boleh perasan.sangat tere an? muka dia garang.

ni senarai peperikasaan sebanyak 11 mata pelajaran tu.

  1. Jenayat- jenayah? senang lah jugak
  2. Munakahat- alam perkahwinan? aku langsung x faham
  3. Pendidikan Al-Quran- bolehla
  4. Muamalat- jual beli? boleh tahan
  5. Faraid- waris harta? main hentam saja.
  6. Bahasa Arab- aku suka nie. sangat senang woo. petik jari saja. soalan dia ulang2. berkait-kait.
  7. Ibadat-susah jugak
  8. Sejarah-ada ke mata pelajaran nie? bukan sirah ke? =D
  9. Al-Hadis- agak susah
  10. Tauhid- bolehlah
  11. Akhlak Dan Tasuf- sangat senang woo.

ala. aku rilex jer masuk dewan peperiksaan. tak baca sangat pun. setakat selak-selak. kalau ada yang aku buat nota sikit jer baru aku baca. ala. aku x baca betul2 pun sebab meniru kat belakang. hehe. kalau aku baca betul2 pun sebab takut aku x lulus. takut cikgu cop aku 'pelajar top 3 selama 6 tahun berturut-turut x lulus SDKA'. cuba bayangkan korang dapat gelaran tu. boleh bayangkan x cam ne perasaan aku? malu dow. kena tempias kat adik2 aku. da lah adik aku yang balqis tu pun top 3. waktu rehat pulak aku rehat dengan Faezah. best dow. pastu baca buku sambil cari pasal dengan budak laki. haha. habit aku yang paling sukar aku nak buang. waktu kat dalam dewan, budak lelaki yang duduk depan aku iaitu RAHMAN BIN RAHMAT menghabiskan masanya dengan TIDUR. hehe. pengawas peperiksaan yang nampak pun wat bodo je. malas nak tegur kot. pastu kalau da bangun cari pasal ngan kitorang yang lain. macam tadi. dia cari pasal ngan Ammar. curi kunci motor Ammar sampai Ammar menangis. huhu. cuba anda bayangkan budak laki yang menangis hanya kerana kunci motornya dicuri? memalukan kan?

RAHMAN gedik. mentel. gembing. mengada-ngada. kurang ajar. kurang asam. haha. tadi aku ejek Man. pastu aku cakap ngan dia malam ni bapak aku cari dia. lebih baik dia duduk lokap daripada tinggal kat sini. menyusahkan orang lain jer. pastu aku cakap nanti aku doakan dia esok dia masuk parit. haha. terus takut dia. budak laki pengecut. ah! hari tu an, waktu tengah senyap sunyi kat dalam dewan, tetiba ada lah satu bunyi nie. tau x bunyi apa? bunyi henset ler. Aidil Jasni punyer. pastu pengawas tanya. muka dia terus cuak. nasib baik pengawas tu x ambil henset dia. selamat lah dia. ...................... x tau nak cakap pe lagi. tapi yang penting aku sedih da abis SDKA sebab x dapat jumpa DIA lagi. aku minx no pun x kasi. and that's the end of the story. how was it?

2 ulasan: