KAU TERISTIMEWA

tidak perlu menjadi nombor 1
kerana anda selalu menjadi yang teristimewa
aku melihat banyak jenis bunga disusun sebaris di hadapan sebuah kedai bunga
masing2 mempunyai selera tersendiri tetapi kesemuanya cantik
tanpa bertanding untuk menjadi yang paling baik antara mereka
mereka berdiri tegak dengan bangganya di dalam bekas itu.
jadi,kita sebagai manusia mengapa harus membandingkan diri kita dengan yang lain?
walaupun setiap insan dan yang lain itu adalah berbeza
mengapa kita ingin menjadi nombor 1
diri kita adalah kita
setiap jenis bunga berlainan di dalam dunia
setiap daripadanya membawa benih yang berlainan
kita sepatutnya menumpukan sepenuh usaha kepada cara untuk membuat bunga itu berkembang
mereka adalah orang yang tidak pasti akan keinginan mereka
mereka ketawa untuk meletakkan sedikit harapan.
itu tidak membantu semua bunga itu
mereka melakukan semua cara untuk membuat bunga2 itu berkembang dengan cantiknya
bila di akhirnya,seorang insan keluar dari kedai itu
memegang sejambak bunga yang berwarna-warni
dan aku melihat mereka tersenyum sewaktu berlalu pergi dari situ
aku tidak pernah mengetahui nama mereka tetapi
hari itu mereka membuat aku tersenyum
kita juga seperti bunga yang berkembang di tempat di mana tiada orang memerhatikan
diri kita adalah kita
setiap jenis bunga berlainan di dalam dunia
setiap daripadanya membawa benih yang berlainan
kita sepatutnya menumpukan sepenuh usaha kepada cara untuk membuat bunga itu berkembang
bunga yang kecil ataupun besar,tiada yang sama seperti yang lainnya
tidak perlu menjadi nombor 1
kerana anda selalu menjadi yang teristimewa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan